Penyanyi Lan Solo dilihat seakan-akan memberi isyarat kepada isterinya, Nur Sheila Hassim untuk menambah lagi bilangan cahaya mata.

Menerusi entri di Instagram (IG), Lan berkongsi sepotong video anak bongsunya, Nur Amna Quxandra sedang menghisap ibu jari kaki.

"Xandra oh Xandra. Daddy ok je!," tulisnya ringkas.

Xandra oh Xandra..?! . Daddy ok je ?.. .‼️ . . Cc : mummy @sheilarazlan . . @anakanaklansolo #anakanaklansolo #razlansheilakin #lansolo #babyxandra

A post shared by #TwistAbangSayang(SINGLE BARU) (@lansolo_official) on


Menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memberitahu Xandra seakan memberikan petanda kepada Lan supaya isterinya untuk melahirkan seorang bayi lagi.





Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff, 4 dan Nur Amna Quxandra, yang dilahirkan 24 Februari tahun lalu.