Pelakon Raja Ilya berkongsi sebuah video yang telah mengundang perhatian daripada netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara rakaman dirinya melihat suaminya, Trent Garrett menolong di dapur.

"Mamamia.. bila dia harap kan kita yang buat kan breakfast lepas kahwin, last-last dia pulak kena buat breakfast," tulis Ilya.

Rata-rata pengikutnya memuji tindakan yang dilakukan oleh suami Ilya dan menganggapnya seorang suami yang rajin.

Perbuatan yang dilakukan oleh suami Ilya itu dianggap begitu 'sweet' oleh segelintir netizen.

Ada juga sebilangan daripada mereka mendoakan kebahagiaan rumah tangga Ilya bersama suaminya.

Raja Ilya bernikah dengan usahawan Australia, Trent Garrett pada 23 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.

Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.

Mamamia.. bila dia harap kan kita yang buat kan breakfast lepas kahwin ,last2 dia pulak kena buat breakfast ? ?

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on