Pelakon Jimmy Shanley akui bersimpati dan tidak sanggup untuk membiarkan seeokor kucing yang dijumpainya dalam keadaan cedera teruk hingga terputus ekor.

Dengan niat ingin membantu, Jimmy menceritakan detik cemas apabila cuba menyelamatkan nyawa kucing tersebut.

“Boleh je kalau pentingkan diri sendiri, bukan aku yang langgar pun, aku takde masa arrr nak layan binatang ni, dengan darah meleleh abis kotor kete aku, kang jumpa Doktor kena bayar lak”

“Semua mungkin terlintas pada pemikiran bila nampak seekor kucing terkulai layu di tengah jalan petang semalam...

“Sebagai manusia biasa saya memang ada ‘soft spot’ ngan kucing yang mengalami masalah tengah memandu tetiba nampak seekor kucing duduk di tengah jalan tidak berlari ketakutan pada kenderaan lalu lalang, hairan juga jadi saya hentikan kereta dan pergi ke kucing tu emmm tercedera dimana ekor dah berpisah ngan badannya...

“Cuba angkat dan kucing sikit pun tak melawan mungkin dia hanya mampu berserah sahaja, tak fikir panjang saya letak ditepi jalan dan saya terus cari klinik haiwan untuk menanya tutup jam berapa dan rawatannya sebab saya kena ke ‘airport’ hantar mertua dan saya pun tidak ada kotak dalam kereta...,” tulisnya.

Jimmy berkongsi mengenai kisah tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam entri yang sama Jimmy turut sertakan foto keadaan kucing tersebut.

Namun, Jimmy reda apabila doktor memberitahu kucing itu tidak mampu hidup lama dan nyawanya perlu dihentikan.

“Klinik bagi kotak terus ambil kucing ditempat asal dan bawa ke klinik... Doktor timbang kucing tu dan periksa dalamannya dan memberitahu kucing ni ada ‘brain damage’, pernafasan pun amat laju, kecederaannya amat teruk dimana Doktor tak mampu nak menjahit pada bahagian yang tercedera dan peluang dia nak hidup 50-50 dan dia nasihatkan saya untuk tidukan kucing ini buat selamanya...

“Saya terpaksa akur dengan pendapat Doktor tersebut, Doktor bertanya nak temankan kucing tu dalam proses tidurkan dia? Saya terus cabut tapi fikir balik saya juga yang akan bawak balik kucing ni jadi saya masuk balik dan Doktor terus cukur sebahagian bulu pada peha kanannya dan berikan suntikkan untuk tidurkan kucing tu tak sampai 5 saat kucing itu sudah tiada

“Kepada yang membaca sila bantu kucing yang memerlukan bantuan, anda adalah insan terpilih untuk membantu mereka. terima kasih pada yang perihatin,” luahnya lagi.

Rata-rata pengikutnya memuji sikap serta amalan baik Jimmy.

“Boleh je kalau pentingkan diri sendiri, bukan aku yang langgar pun, aku takde masa arrr nak layan binatang ni, dengan darah meleleh abis kotor kete aku, kang jumpa Doktor kena bayar lak” semua mungkin terlintas pada pemikiran bila nampak seekor kucing terkulai layu di tengah jalan petang semalam... sebagai manusia biasa saya memang ada ‘soft spot’ ngan kucing yang mengalami masalah ?? tengah memandu tetiba nampak seekor kucing duduk di tengah jalan tidak berlari ketakutan pada kenderaan lalu lalang, hairan juga jadi saya hentikan kereta dan pergi ke kucing tu emmm tercedera dimana ekor dah berpisah ngan badannya... cuba angkat dan kucing sikit pun tak melawan mungkin dia hanya mampu berserah sahaja, tak fikir panjang saya letak ditepi jalan dan saya terus cari klinik haiwan untuk menanya tutup jam berapa dan rawatannya sebab saya kena ke ‘airport’ hantar mertua dan saya pun tidak ada kotak dalam kereta... klinik bagi kotak terus ambil kucing ditempat asal dan bawa ke klinik... Doktor timbang kucing tu dan periksa dalamannya dan memberitahu kucing ni ada ‘brain damage’, pernafasan pun amat laju, kecederaannya amat teruk dimana Doktor tak mampu nak menjahit pada bahagian yang tercedera dan peluang dia nak hidup 50-50 dan dia nasihatkan saya untuk tidukan kucing ini buat selamanya... saya terpaksa akur dengan pendapat Doktor tersebut, Doktor bertanya nak temankan kucing tu dalam proses tidurkan dia? Saya terus cabut tapi fikir balik saya juga yang akan bawak balik kucing ni jadi saya masuk balik dan Doktor terus cukur sebahagian bulu pada peha kanannya dan berikan suntikkan untuk tidurkan kucing tu ? tak sampai 5 saat kucing itu sudah tiada ? ?? kepada yang membaca sila bantu kucing yang memerlukan bantuan, anda adalah insan terpilih untuk membantu mereka ?? terima kasih pada yang perihatin ??

A post shared by ? [email protected] (@jimmyshanley) on