Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iatu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum umurnya mencecah 35 tahun.

Menurut Shahida, dia dan Aliff merancang untuk menimang cahaya mata tahun ini dan benar-benar berharap agar dikurniakan sepasang bayi kembar.

“Saya mahu anak ramai sebab saya lihat sendiri situasi saya dengan keluarga.

“Walaupun saya mempunyai adik beradik yang agak ramai, tapi apabila sudah dewasa, semuanya sudah pasti akan memiliki keluarga sendiri dan akan jarang bertemu dengan ibu bapa.

“Sebab itu saya mahu anak yang ramai, sebab saya takut apabila tua nanti saya rasa sunyi jarang bertemu mereka.

“Sekarang saya sudah memiliki lima orang anak termasuk seorang anak angkat, jadi saya berharap agar saya dikurniakan bayi kembar, maka cukuplah tujuh anak saya,” ujarnya.

Shahida berkata demikian ketika ditemubual di sambutan Family Day yang dianjurkan oleh syarikat perusahaan Aliff bersamanya iatu D’ Herbs bertempat di Langkawi yang diadakan sejak Jumaat hingga hari ini.

Acara ini diadakan bertujuan untuk meraikan usaha dan kejayaan lebih dari 100 orang kakitangan mereka di samping beramah mesra antara satu sama lain.