7,000 penonton menjadi saksi air mata anak kepada Ahmad Dhani, Dul Jaelani tumpah ketika Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Feat Ari Lasso & Once Mekel yang berlangsung malam tadi.

Menggegarkan Stadium Melawati, Shah Alam, Dul tak dapat menahan tangisan apabila Ari dan ahli kumpulan Dewa 19 yang lain mempersembahkan lagu Hadapi Dengan Senyuman dan Cintakan Membawamu Kembali secara medley.

Dewa 19 ft Ari Lasso ! Elang ! [Live Update]

A post shared by Dewa19Reunion Live in Malaysia (@dewa19reunionmy) on

Dewa 19 ft Ari Lasso - Restoe Bumi [Live update]

A post shared by Dewa19Reunion Live in Malaysia (@dewa19reunionmy) on

Dewa 19 ft Ari Lasso - Aku Di sini Untukmu [Live Update]

A post shared by Dewa19Reunion Live in Malaysia (@dewa19reunionmy) on

Dewa 19 Ft Ari Lasso - Hadapi dengan Senyuman [Live Update]

A post shared by Dewa19Reunion Live in Malaysia (@dewa19reunionmy) on


Air mata Dul yang ketika itu sedang bermain keyboard mengalir laju dan dia ditenangkan oleh Ari.

Dua lagu terbabit dinyanyikan sebagai tribute untuk Dhani yang tidak dapat menyertai konsert reunion kali ini.

Penonton juga turut bersedih tatkala melihat tayangan foto kenangan Dhani bersama keluarga dan rakan-rakan Dewa 19 yang ditayangkan di skrin LED.


Baru-baru ini, Majlis Hakim Mahkamah Negeri Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Dhani.

Menerusi laporan media Indonesia, ketua majlis berkenaan, Ratmoho menjatuhkan hukuman tersebut ekoran tiga entri yang dikongsi Dhani di laman Twitter berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.

Majlis Hakim turut memerintahkan Dhani untuk ditahan dan berdepan dengan hukuman penjara.

Selain itu, Dul turut menyertai Once menyanyi bersama-sama lagu Angin sambil bermain gitar.

Dewa 19 menghiburkan peminat mereka yang dikenali sebagai Baladewa dan Baladewi dengan 26 buah lagu.

Konsert terbabit dibahagikan dengan tiga segmen, iaitu segmen lagu nyanyian Ari, segmen lagu nyanyian Once serta segmen gabungan dua vokalis itu.

Selain medley Hadapi Dengan Senyuman, Cintakan Membawamu Kembali dan Angin, mereka mendendangkan lagu popular seperti Takkan Ada Cinta Yang Lain, Aku Di Sini, Satu Hati, Elang, Pangeran Cinta, Kosong, Hidup Adalah Perjuangan, Dewi, Risalah Hati, Perempuan, Putus dan Arjuna.

Sebagai penutup, Ari dan Once bergabung menyampaikan empat buat lagu iaitu Roman Picisan, Kangen, Kamulah Satu-Satunya dan Separuh Nafas.

Sebelum Dewa 19 menemui peminat, konsert yang bermula sekitar 8.45 malam bermula dengan persembahan mantap dari kumpulan Andra & The Backbone.

Dewa 19 ft Once - Dua Sejoli [Live Update]

A post shared by Dewa19Reunion Live in Malaysia (@dewa19reunionmy) on

Dewa 19 ft Once - Perempuan Paling Cantik [Live Update]

A post shared by Dewa19Reunion Live in Malaysia (@dewa19reunionmy) on

Andra and the backbone ! [Live update]

A post shared by Dewa19Reunion Live in Malaysia (@dewa19reunionmy) on

No caption needed ! [Live update]

A post shared by Dewa19Reunion Live in Malaysia (@dewa19reunionmy) on


Andra & The Backbone mempersembahkan sembilan buah lagu, antaranya ialah Musnah, Lagi & Lagi, Dejavu, Sempurna dan Hitamku.

Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Feat Ari Lasso & Once Mekel ini dibawakan khas kepada anda oleh Nizra Production.