Penyanyi, Nourul Wahab mengimbas kembali kenangan dan mendedahkan hampir mengalami kemurungan kerana terlalu memikirkan masa depan bersama anaknya kira-kira 10 tahun lalu.

Nourul berkongsi kisah tersebut untuk dijadikan iktibar buat pengikut akaun Instagramnya.

“Nah ni gambaq lama. Tahun 2009 kalau tak silap. Tahun haru biru hahahha. Tapi Alhamdulillah Allah selalu bantu walaupun kami bukanlah yang jenih solat 5 waktu. Habaq sungguh ni.


“Tahun itu ekonomi mula menurun. Sebab kami tak reti manage finance. Muka senyum tapi dalam hati Allah sahaja yang tau. Kena macam-macam. Masa ni lagi 12 bulan kot nak jumpa mr depp.

“I was down. Almost depressed. Fikir masa depan, fikir sorang-sorang, fikir @ayu_ace, dan macam-macam lagi,” tulisnya.

Menerusi entri itu juga, Nourul turut berkongsi bagaimana cara dirinya berdepan dan menangani tekanan.

“Apa yang kami buat adalah buat perkara yang kami suka. Horseriding. Riding sampai lebam. Lebam kulit! Bukan lain hahahaha.

“Mungkin anugerah Allah sedia ada, rimas dengan negative thoughts. So cari kawan yang positif. Nasib ada @idanoreason dan @suzzieah mereka lah yang banyak bantu dan selalu happy bersama sebab they accept me for who I am. Bukan sebagai artis.

“Itu kisah dulu. Alhamdulillah Allah pertemukan seorang hambaNya yang bisa membimbing dan mengubah hidup 360 darjah. Beri pengetahuan dan kebahagiaan yang semaksimanya.

“Through him I have learned about a lot of things especially about this life. Bertuahnya kami… Bersyukur sangat-sangat #Alhamdulillah,” tulisnya.

Nah ni gambaq lama. Tahun 2009 kalau tak silap. Tahun haru biru hahahha. Tapi alhamdulillah Allah selalu bantu walaupun kami bukanlah yang jenih solat 5 waktu. Habaq sungguh ni. . Tahun itu ekonomi mula menurun. Sebab kami tak reti manage finance. Muka senyum tapi dalam hati Allah saja yang tau. Kena macam2. Masa ni lagi 12 bulan kot nak jumpa mr depp. . I was down. Almost depressed. Fikir masa depan, fikir sorang2, fikir @ayu_ace , dan macam2 lagi. Apa yang kami buat adalah buat perkara yang kami suka. Horseriding. Riding sampai lebam. Lebam kulit! Bukan lain hahahaha ? . Mungkin anugerah Allah sedia ada, rimas dengan negative thoughts. So cari kawan yang positif. Nasib ada @idanoreason dan @suzzieah mereka lah yang banyak bantu dan selalu happy bersamaa sebab they accept me for who i am. Bukan sebagai artis. . Itu kisah dulu. Alhamdulillah Allah pertemukn seorang hambaNya yang bisa membimbing dan mengubah hidup 360 darjah. Beri pengetahuan dan kebahagiaan yang semaksimanya. . Through him I have learned about a lot of things especially about this life. Bertuahnya kami. . Bersyukur sangat2. #alhamdulillah . Look back in to your life. How you transform. Kalau belum berubah, buatlah perubahan. Maksudnya perubahan yang lebih baik. Dari segi emosi, pemikiran, spiritual dan juga yang paling penting ekonomi. . #flashbackwednesday #throwback . Oh btw, gambar ini sebelum #herbalife . Bezanya kulit kami ? . Only you can change your life. Not others.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


Nourul juga memberikan galakan kepada pengikutnya supaya jangan takut untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“Look back in to your life. How you transform. Kalau belum berubah, buatlah perubahan. Maksudnya perubahan yang lebih baik.

“Dari segi emosi, pemikiran, spiritual dan juga yang paling penting ekonomi… #flashbackwednesday #throwback. Only you can change your life. Not others,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nourul kini hamil enam bulan.

Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Zachary Depp dan Raphael Depp.

Foto: Instagram @nouruldepp