Pelakon Kamal Adli dan aktres Uqasha Senrose kini bergandingan sebagai teraju utama drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad.

Diarahkan oleh pengarah popular Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad merupakan naskah adaptasi novel popular karya novelis Anna Milia.

Setelah terlafaznya akad #nawal #hanan #uqashasenrose #kamaladli #setelahterlafaznyaakad

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on


Menerusi kemas kini laman Instagram Uqasha, kakak kepada aktres Nelydia Senrose itu berkongsi foto bersama Kamal di set penggambaran drama bersiri terbabit.

Biarpun naskah terbabit belum bersiaran lagi, penonton sudah memuji 'keserasian' Uqasha dan Kamal yang terpancar menerusi gambar yang telah dikongsikan.





Selain Kamal dan Uqasha, drama bersiri ini akan turut menampilkan pelakon lain seperti Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Alif Muhaimin dan ramai lagi.

Drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad bakal bersiaran menerusi slot Megadrama di Astro Ria dan Ria HD tidak lama lagi.