Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan dia tidak berniat untuk tidak berkongsi ketika melakukan imbasan ultra bunyi setiap bulan.

Menurut Shakilla bayinya menunjukkan rasa malu apabila menutup mukanya sehinggakan tidak kelihatan langsung.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

"Bukan tak nak share rasa excited dok tengok budak kecil ni tiap-tiap bulan tapi..

"Hah! Tengok!! Dok tutup muka. Kali ni satu tapak tangan dia tutup.

"No camera!! No..No..Warning ke tu? Nebesssss mak pak dia!" tulisnya.

Rata-rata pengikutnya terhibur melihat gelagat bayi dalam kandungannya serta mendoakan semoga segalanya akan dipermudahkan.

"@zulinaziz: Bahahahah surpriseeeeee! Dia cakap omeynya."

"@yusliana_mat_ari: Alolo..Baby pandai ek nak buat surprise..Tak sabar!! Semoga segala urusan dipermudahkan buat Killa @shakilakhoriri dan baby."

"@fatindongseng: Dia takmau tunjuk muka, maluuu katanya mama."

"@nr.atikaa: No camera please mummy."

"@hazellyinn: Uish..Talk to the hand katanya..Dalam perut dah jadi retis ni..Hehe..Moga selamat semuanya..Dan moga dipermudahkan urusan bersalin nanti @shakillakhoriri."

Shakilla dan penyampai radio, Fizi Ali berkahwin pada 18 Februari tahun lalu dan kini Shakilla sedang sarat hamil tujuh bulan.

#?• . Bukan tak nak share RASA excited dok tengok budak kecil ni tiap2 bulan tapi... . Hah ! Tengok !! Dok tutup muka. Kali ni satu tapak tangan dia tutup. . No camera !! No....No.....Warning ke tu ? Nebesssss mak pak dia ! ?? . . @fizialisuria

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on