Penyanyi, Linda Rafar, 41, memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang bertanggungjawab memburukkan imej dan nama keluarganya.

Tindakan itu diambil berhubung penularan isu fitnah jururawat.

Linda menuntut individu-individu tersebut membuat permohonan maaf menerusi platform sosial media yang digunakan.

“Komen-komen yang diberikan mereka terlalu teruk sehingga menyebabkan kekuarga saya mengalami tekanan,” katanya.

Linda ditemui ketika sidang media memfailkan tuntutan saman bertempat di Shah Alam.

Linda Rafar diwakili peguambela, Nurul Hafidzah & Associates, Advocates & Solicitors bagi tuntutan saman tersebut.

Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah Hassan notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

“Kami sudah mengenal pasti individu-individu yang memberikan komen keterlaluan.

“Kami memandang serius mengenai perkara ini dan tidak teragak-agak untuk membawa terus ke muka pengadilan.

“Kami memberi masa dalam tempoh 7 hingga 14 hari selepas notis diterima untuk membuat permohonan maaf.

“Sekiranya tidak dijawab dalam tempoh berkenaan, tindakan saman bakal diambil,” jelas Hafidzah

Linda merupakan artis Malaysia pertama yang mengambil tindakan untuk menyaman netizen.

Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan seorang jururawat yang didakwanya biadap di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat Allahyarhamah ibunya, Rasimah Abd Rahman.