TUTUP

Anak Jatuh Kitchen Counter, Isteri Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Ini Yang Patut Dilakukan Segera

Gaya Hidup
Anak Jatuh Kitchen Counter, Isteri Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Ini Yang Patut Dilakukan Segera
“Budak bertuah ni baru lepas bagi mommy heart attack and buat Tok Yah menangis, dia jatuh kitchen counter. Noah… Noah,” itulah ayat yang menggambarkan perasaan isteri angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Dr. Halina Mohd. Yunos selepas anak bongsunya terjatuh.
 
Perkongsian itu dimuat naik sendiri di Instagramnya bersama beberapa tindakan pantas yang harus dilakukan oleh ibu bapa sekiranya mengalami kejadian sama.
 
Pesan Dr. Halina lagi, ibu bapa perlu peka dengan tanda-tanda perubahan yang berlaku pada diri anak-anak selepas terjatuh.
 
Berikut merupakan tips yang diberikan Dr. Halina.
 
Check conscious
 
“To parents out there… Kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu... check conscious level.
 
“Menangis ke tidak (nangis is good, that means your baby is conscious) pernafasan ok ke tidak. Look for any bump atau benjol (you can put ice to stop benjol from getting bigger).
 
Muntah
 
“Over time, check anak kita, kot-kot dia ada rasa nak muntah atau muntah-muntah kat rumah (feeling nauseous / muntah is NOT good).
 
“Make sure kaki dan tangan all boleh gerak macam biasa… If there's abnormality, bring to hospital immediately!”
 
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kerana berkongsi tips berguna buat ibu bapa selain mendoakan kesihatan Noah.
 
Terdahulu, Dr. Halina Mohd. Yunos dan Sheikh Muszaphar berkahwin pada 10 Oktober 2010.
 
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah pada 27 Julai 2017
 
Foto: Instagram @drhalina
 

Artikel Berkaitan