Untuk membuktikan cintanya terhadap pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho, seorang peminat yang berasa dari negara China telah mencukur rambutnya sehingga botak.

Menurut laporan media China, wanita itu melakukan tindakan tersebut kerana kerap memikirkan tentang Lee Min Ho yang bakal menyertai khidmat latihan ketenteraan di Korea.

Wanita berusia dalam linkungan 20-an itu juga turut memuatnaik video tersebut di media sosial dan memberitahu tindakannya itu merupakan bukti kesetiannya terhadap Min Ho dan berjanji akan tetap menunggu sehingga aktor itu tamat perkhidmatannya.

Malangnya, perkara yang dilakukan oleh wanita berkenaan mendapat kecaman daripada peminat Min Ho yang lain di mana mereka menyifatkan tindakan tersebut adalah sia-sia.

Bagaimanapun, wanita itu juga memohon maaf sekiranya perkara yang dilakukan itu tidak disenangi sesetengah pihak.

Sehingga kini tarikh khidmat latihan ketenteraan Min Ho masih belum dipastikan lagi.


Sumber: Allkpop, Hello Kpop