Pelakon Janna Nick menempelak seorang pengguna di Twitter yang mendakwa dia seorang wanita ‘pretty with no brain’.

Pengguna Twitter itu mengeluarkan pendapat itu selepas tidak berpuas hati dengan cara Janna Nick menasihati perokok tegar menerusi sebuah video.

Janna bagaimana pun tidak berdiam diri, malah membalas twit tersebut.



Menerusi video tersebut, Janna berpura-pura berlakon menjadi kekasih yang menasihati teman lelakinya yang merupakan seorang perokok tegar.

“Haaa mana perokok perokok tegar? Kalau pasangan korang bebel macam ni korang sanggup berhenti merokok tak?!” tulisnya.

bila saya tanya awak sayangkan saya ke sayang kan rokok.. awak jawab: SAYA KENAL ROKOK DULU SEBELUM AWAK! awak ingat kelakar ke???!!!! tag BF penipu yang janji nak berenti tapi tak berenti....

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Bukan setakat itu sahaja, Janna terus memuat naik status tentang ketidakpuasan hatinya di akaun Twitter miliknya mengenai hal tersebut.



Menurut Janna, azam 2018 dia sebelum ini tercapai apabila tidak mahu respon dengan komen negative tetapi 2019 dia kembali lantang.

AZAM 2018 i takmau react dengan satu negative comment pun.. and I DID!! setahun tak bersuara..senyap! tapi tu azam 2018 je la..janna nick bersuara lantang dah kembali tapi kalau jenis yg bodo2 sangat tak kuasa la nak layan...,”tulisnya lagi.

Bagaimanapun, pengguna Twitter yang menduhnya sebagai wanita ‘pretty with ni brain’ telah pun mendiamkan diri tanpa membalas sebarang twit daripada Janna.