Selepas selamat diijabkabulkan pada 19 Januari lalu, adik pelakon Syatilla Melvin, Syida dan suaminya yang merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid, Mohamad Syafiq Azim Shaheen telah diraikan dalam satu majlis semalam.

Majlis persandingan yang bertemakan Bollywood telah berlangsung dalam suasana yang cukup indah di Dewan Besar Tun Rahah, Kuala Lumpur.

Majlis yang berlangsung meriah itu dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat, dan rakan selebriti yang lain.

Pada Sabtu lalu, Syida sah bergelar isteri kepada Mohamad Syafiq Azim Shahreen di Dewan Utama, Kampus Kejuteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sebelum ini, Syida selamat bertunang dengan Syafiq pada Jun tahun lalu.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis resepsi Syida Melvin dan Mohamad Syafiq:













Foto: Instagram Syida Melvin & Syifa Melvin & Uyaina Arshad & Bellahudd & Project2pi