Peminat pelakon Ayu Raudhah meluahkan rasa tidak sabar untuk menantikan kehadiran cahaya mata keempatnya bersama suami, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ayu berkongsi gambar terkininya yang sedang sarat mengandung.

"Gigih mak buyung walaupun tengah tunggu hari. Thank You k.ta @rozitachewan1 for the trip," tulisnya.



Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Ayu dan bayinya sentiasa sihat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak keempatnya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi dan mendoakan proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

Ayu dan suaminya, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abdul Razak berkahwin pada 21 Januari 2011.

Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.