Pernah menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero tetap berpuas hati dengan pencapaian tempat ketiga pada MLM 2018 yang lalu.

Bagi salah seorang anggota Shiro, Sharif Kadil Doli Sharif atau Sharif menyifatkan wang kemenangan sebanyak RM150,000 yang dikongsi mereka tiga beradik tetap banyak untuk digunakan buat keluarga.

Menariknya, Sharif Kunal atau Atu pula menyatakan hasrat untuk menggunakan wang tersebut pergi ke Tanah Suci. Dia merancang ke sana pada Februari ini.

"Saya rasa terpanggil untuk ke sana. Duit banyak kalau tidak ke sana tiada guna. Saya minta pada abang-abang saya untuk pergi ke sana," katanya.



Mengulas lanjut pencapaian mereka pada MLM 2018, Atu menyatakan selepas meraih kedudukan di tempat keempat pada musim sebelum ini, kejayaan kali ini di tempat ketiga tetap memberi kepuasan pada mereka.

"Kami masuk ke MLM ini tidak meletakkan sasaran apa-apa. Kalau dapat pergi final alhamdulillah tapi ini sebenarnya punca rezeki kami yang paling besar," katanya.



Pada saingan final MLM 2018 lalu, Zero meraih markah sebanyak 66.93 peratus dibelakang Bocey yang merai undian 67.29 peratus manakala Shiro selaku juara dengan 74 peratus.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak