Penyampai radio Zayan, Raqib Majid terharu apabila didatangi oleh seorang wanita yang mengakui zikir yang dialunkannya di siaran Astro Oasis membantu menenangkan wanita terbabit.
Raqib memberitahu wanita tersebut mendedahkan dia mempunyai masalah keluarga dan zikir alunannya membantu untuk melupakan masalah itu sebentar.
Wanita yang bertemu dengannya di sebuah stesen minyak itu turut mengucapkan terima kasih dan tidak henti-henti mengalirkan air mata.
“Assalamualaikum. Saya ada jumpa seorang kakak dekat Shell Sg. Besi. Dia tegur saya dan dia cakap 'Assalamualaikum dek. Akak selalu nampak awak'.
“Lepas tu saya tengok kakak tu menangis dan cakap 'Terima kasih dek sebab zikir-zikir kat Astro Oasis tu, kakak banyak sangat masalah family dan tiap hari kakak tunggu zikir awak untuk tenangkan hati kakak'
“Air mata kakak tu tak berhenti mengalir. Dan saya sekali tak dapat tahan kesedihan saya,” tulisnya.
Raqib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Suami kepada penyanyi Tasha Manshahar itu turut terharu dan berharap dia akan terus menyebarkan kebaikan untuk orang ramai.
“Doakan saya untuk terus berusaha menyampaikan kebaikan dengan diri saya serba kekurangan. Doakan saya. Hadiah yang bermakna untuk saya hari ini. Terima kasih.
“Sama-sama kita doakan Allah mudahkan segala urusan kakak tu... Tolong Amin kan doa saya,” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut terharu dan mengakui kelunakan alunan zikir yang disampaikan oleh Raqib merupakan yang terbaik
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat