TUTUP

“Layan Dia Berendam Je Dah 10 Minit…” – Comel Sangat Fasha Sandha Bercerita Tentang Perangai Jemyma

Hiburan
“Layan Dia Berendam Je Dah 10 Minit…” – Comel Sangat Fasha Sandha Bercerita Tentang Perangai Jemyma
Semua orang tahu anak-anak umpama nyawa buat Fasha Sandha. Sesibuk mana pun dia, dua cahaya matanya tetap menjadi keutamaan.

Tulis Fasha, setiap pagi sebelum ke sekolah, dia pasti melayan karenah puterinya yang suka berendam di dalam kolah.

“Macam ni la keadaannya setiap pagi sebelum pergi sekolah. Layan dia berendam je dah 10 minit. 

Menurut Fasha, Jemyma berbeza dengan Rayfal yang selalu mendengar cakap.
 

“Anak perempuan memang lain sangat dengan lelakikan. Apapun, ibu sayang keduanya dan keduanya nyawa ibu,” tulis Fasha.

Putera Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima merupakan cahaya mata hasil perkongsian hidup Fasha  bersama bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Pada 18 November 2018, Fasha bertunang dengan Aidil Aziz yang juga seorang pelakon dan dijangka melangsungkan pernikahan Mac ini.

Artikel Berkaitan