Pelakon Adam Corrie Lee mengesahkan bapa mertuanya meninggal dunia tepat jam 6.20 petang semalam.

Adam berkongsi berita menyedihkan itu diakaun Instagram miliknya.

“Setiap yang hidup pasti mati.

“Abah (bapa Mertua) Saya telah menghembus nafas terakhir pada Hari ini pada pukul 6:20ptg ni.

“Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” tuisnya.

Terdahulu, Adam baru sahaja berkongsi mengenai perkembangan kesihatan bapa mertuanya yang semakin merosot.

Adam memberitahu bapa mertuanya telah menjalani rawatan Dialisis selama tujuh tahun

[BACA: "Berat Badan Abah Sekarang 37 Kilogram, Tiada Daging, Hanya Kulit Membalut Tulang" - Adam Corrie]

Rata-rata mengucapkan takziah kepada Adam dan keluarga mertuanya.

Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.

Setiap yang hidup pasti mati. . Abah (bapa Mertua) Saya telah menghembus nafas terakhir pada Hari ini pada pukul 6:20ptg ni. . Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. . #adamcorrie

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on