TUTUP

“Jangan Buat Andaian, Saya Okay” – Zamani Masih Sihat

Hiburan
“Jangan Buat Andaian, Saya Okay” – Zamani Masih Sihat
Penyanyi, Zamani meminta netizen berhenti membuat andaian mengenai kesihatannya.
 
Enggan memperbesarkan masalah tulang belakang yang dihidapinya, Zamani memberitahu kesihatannya bertambah baik.
 
“Alhamdulillah saya okay dan bertambah baik. Masih mampu untuk memenuhi sebarang aktiviti yang ditetapkan dan tidak menghalang saya untuk bergerak aktif.
 
“Saya memang ada menjalani beberapa rawatan termasuklah berurut secara tradisional. Saya cuba sahajalah, selagi boleh ikhtiar kita buat. Mana tahu sesuai.
 
“Terima kasih kerana mendoakan… Saya tidak mahu peminat bimbang tentang diri saya. Cuma saya minta kalau boleh janganlah ada yang membuat andai mengenai kesihatan saya,” ujarnya ketika ditemui Gempak baru-baru ini.
 
Dalam perkembangan lain, Zamani baru sahaja melancarkan kelab peminatnya Zamanians untuk mengelakkan kekeliruan yang dihadapi oleh peminat.
 
Selain itu, Zamani juga akan tampil dengan single baharu berjudul Aduh, ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Faizal Tahir, sekitar Mac depan.
 

Artikel Berkaitan