Penyanyi Tasha Manshahar akui sejak hamil, perutnya sering masuk angin dan akhirnya akan rasa mual serta hendak muntah.

Bimbang akan termuntah di dalam kereta, Tasha telah meminta suaminya, Raqib Majid menyediakan beg plastik.

Namun, Tasha tidak menyangka permintaannya itu akhirnya menjadi perkara yang melucukan.

“Harini perut rasa extra sebu, maybe sebab tengah hari tadi tak makan berat, pastu tak makan apa-apa sampai petang, jadi perut masuk angin. Usually Tasha akan makan kerap (kuantiti sedikit) untuk pastikan perut sentiasa terisi.

“Tapi harini tak sempat. Bila perut kosong masuk angin time pregnant ni, memang buat kita rasa mual nak muntah.

“Since @raqibmajid nak masuk rumah ambil barang, kita pun pesanlah bawa plastik sekali takut-takut dalam kereta kang termuntah. Tapi ni plastik ke payung terjun?”tulisnya.

Tasha berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia turut memuat naik rakaman video seuaminya bersama plastic beg sampah besar berwarna hijau.

Rata-rata pengikutnya turut terhibur dengan gelagat Raqib itu.

Harini perut rasa extra sebu, maybe sebab tengah hari tadi tak makan berat, pastu tak makan apa-apa sampai petang, jadi perut masuk angin. Usually Tasha akan makan kerap (kuantiti sedikit) untuk pastikan perut sentiasa terisi. Tapi harini tak sempat. Bila perut kosong masuk angin time pregnant ni, memang buat kita rasa mual nak muntah. _ Since @raqibmajid nak masuk rumah ambil barang, kita pun pesanlah bawa plastik sekali takut-takut dalam kereta kang termuntah. Tapi ni plastik ke payung terjun? ??? #raqshajrjourney

A post shared by @ tashamanshahar on