Sebelum ini, Miss K pernah dengar cerita mengenai pelakon Janna Nick cari pasal dengan seorang pengacara wanita di sebuah stesen TV, tetapi Miss K pejamkan sahaja mata.
Sebab bagi Miss K, mungkin Janna terlalu baru ketika itu dan belum mahir untuk ‘handle the situation’...Lagipun Janna dah bagi kenyataan kepada media tentang perkara tersebut.
Tetapi baru kejap tadi seorang teman Miss K datang menyampaikan tentang perangai ‘diva’ pelakon yang sedang meningkat naik ini.
Urut dada Miss K dengar. Iyalah, kata teman Miss K tu, Janna cari pasal dengan seorang pengacara popular berpangkat Datuk ketika berada di sebuah negeri di Selatan tanah air baru-baru ini.
Dengar cerita, pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu bersikap acuh tak acuh ketika dijemput untuk menjayakan sebuah program terbaru yang dihoskan oleh pengacara berpangkat Datuk tersebut.
Teman Miss K kata, cerita bermula apabila mereka menawarkan Janna untuk menyertai program bual bicara tersebut tetapi pihak Janna telah menolak tawaran tersebut.
Bagaimanapun, disebabkan produksi tempat teman Miss K bekerja tu terlalu ‘hadapkan’ Janna, mereka sanggup ke hotel penginapan Janna untuk berbincang lebih lanjut mengenai pelawaan untuk menyertai program tersebut.
Tetapi perbincangan yang sepatutnya lebih bersifat profesional telah ‘diayam-ayamkan’ oleh pihak Janna sehingga pengacara popular tadi terpaksa tunggu Janna selama satu jam di lobi hotel.
Pengacara tersebut sanggup menangguh makan tengaharinya untuk menjalankan penggambaran bersama Janna, kerana pada peringkat awal Janna dah berjanji untuk beri kerjasama yang sepenuhnya kepada hos dan pihak produksi yang terlibat.
Last sekali, pengacara terkenal itu terpaksa pulang dengan muka yang merah padam akibat menahan perasaan marah.
Hello dik! Siapa awak untuk buat pengacara yang dah berpuluh tahun dalam industri tu tunggu awak?
Lebih panas, sumber terdekat Miss K turut mendakwa sewaktu membuat perjanjian dengan pihak produksi, Janna minta bayaran yang tinggi! Setimpal dengan popularitinya yang sedang mencanak naik. Katanyaaaaaa…
Kalau gitulah perkhabarannya, tak hairanlah...Sebab sebelum-sebelum ini pun ada teman Miss K mengadu Janna pernah buat hal ketika photoshoot.
Janna, Miss K sebenarnya tak suka nak menuduh tak tentu pasal sebab Miss K pun bukanlah sesempurna mana, cuma kalau dah ramai sangat bercerita buruk mengenai awak, rasanya dah boleh bermuhasabah diri.
Lagipun Janna seorang pelakon yang berbakat besar dan mampu pergi jauh, diharap dapat perbaiki kelemahan diri dan berubahlah demi kebaikan sendiri.
Jangan bila populariti dah merudum, baru nak sedar diri dan berubah. Bertindak sebelum terlambat ye!
Miss K: Suka dengar lagu Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat, ‘catchy’!
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!
Ahmad Shah
Wed Apr 20 2016
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.
Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”
Usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu raya nya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.
Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Muat Naik Gambar Di Gunung Kinabalu, Instagram Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat Tempatan
Pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ki mengejut peminat apabila memuat naik beberapa keping gambar ketika berada di Gunung Kinabalu, Sabah.
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.