Nama aktres jelita Azar Azmi semakin mendapat perhatian kaki drama serta peminat dunia hiburan.

Terbaru, wataknya sebagai Fatimah dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda mendapat perhatian ramai serta menjadi bualan peminat.

Azar diberi pujian kerana karakternya dalam drama bersiri terbabit berbekas di hati peminat, sehingga watak Fatimah diberikan jolokan sebagai Fatimah Gila.

Buat anda yang ingin mengenali gadis ini dengan lebih lanjut, Gempak senaraikan lima fakta menarik mengenai Azar.

1. Pemilik nama penuh Siti Azar Ameerah Azmi ini berusia 30 tahun dan dilahirkan pada 13 Mac 1989. Azar merupakan anak jati Negeri Sembilan.

2. Sebelum mengorak langkah sebagai pelakon, Azar pernah menyertai pencarian Dewi Remaja 2009/2010. Ketika itu, Azar bersaing dengan Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.

Mengimbau kembali #dewiremaja 2009/2010 . Still fresh and clear in my mind, how nervous am i, the feeling on stage together with all the finalist. Thank you to my beloved family, kedua arwah ibu ayah, @azarnadhirah @xazarsyazwanx @azarsyazreen @azarsyazmee yang always support saya sehingga ke harini. #alhamdulillah thank you @kumpulan_media_karangkraf And congrats @haneesyahanee , you deserved that...

A post shared by FOUNDER ZSINSTANTWHITE AZARHOF (@azarazmi) on


3. Azar banyak menerima tawaran sebagai pelakon watak sampingan sebelum mula popular menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot yang diterajui oleh Fattah Amin dan Neelofa. Ketika itu, Azar membawa watak pembantu bernama Humaira, isteri kepada Dr. Muslim lakonan Ben Amir.



4. Kerjaya lakonan Azar semakin menyerlah dan dia mula mendapat tawaran menjayakan watak utama dalam beberapa karya seperti dalam telefilem Bayangan Emilia bergandingan bersama Fattah Amin, drama bersiri Cinta Fantamorgana bergandingan bersama Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan serta banyak lagi.





5. Nama Azar juga semakin menjadi sebutan selepas dia dipilih untuk memegang watak pelacur bernama Juita dalam drama bersiri Nur 2. Azar dipilih untuk menjayakan watak terbabit selepas aktres Nelydia Senrose memutuskan untuk mengundurkan diri dari membawa karakter terbabit kerana baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Umrah.

Nur VS Juita. Kita lihat saper yg berjaya memiliki Adam. Tak semestinya setiap kisah percintaan akan berakhir dengan kebahagiaan andai kata salah seorang dari kita membenarkan org ketiga hadir dalam hidup kita dengan sengaja. Hati hati yer. @aamyrarosli @syafiqkylez @khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @elmymoin_ @mathnirazak7 @kunamuzani @jijiezainal @radiusone @budakijat @fazli_baharom @eyra.hazali @makuda_yati @onechinoiz_studios @azarazmi #Nur2 #samarinda #dramasangat #dramaradiusone #tv3

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Ahaaaaa...apabila buku bertemu dengan ruas. Apalah agaknya rancangan mereka berdua kan... Nantikan Nur2 di slot Samarinda pada April ini. Tunggu... @radiusone_official @dramaradiusone @nurfilem_official @budakijat @fazli_radiusone @marsilahassan @hakhisham @onechinoiz @aamyrarosli @syafiqkylez @azarazmi @khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @mathnirazak7 @kunamuzani @jijiezainal @eyra.hazali @makuda_yati @makcikpetir @onechinoiz_studios @gerobokselebriti #gerobokselebriti #dramaradiusone #radiusone_official #dramasangat #tv3malaysia #nur2 #nur #dramanur #dramanurtv3

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on


Foto: Facebook dan Instagram Azar, Instagram Shahrulezad Mohamedin, Carian Google