Jika dalam epsiod ketiga program Maharaja Tak Pening menyaksikan kumpulan Shiro dan Taman terikat dengan keputusan seri, siapa pula bakal menjadi juara dalam episod akhir?

Dalam episod keempat kali ini, Shiro dan Taman masih diberi cabaran dengan menggunakan permainan Virtual Reality (VR).

Menariknya, dalam cabaran terakhir ini setiap peserta diminta untuk bermain 'virtual skiing' iaitu bermain ski dalam alam maya.

Pemenang dipilih berdasarkan sejauh mana peserta itu bermain ski sehingga kalah.



Anggota Taman, Man Posmen terlebih dulu menyahut cabaran tersebut dan aksinya bukan saja bersungguh-sungguh tapi mengelikan hati peserta lain termasuk Nabil Ahmad sebagai pengacara.

Begitu juga, aksi Ajak dari Shiro seperti seorang pelumba ski profesional yang dapat mengelak pokok daripada kemalangan.



Ingin tahu siapa yang menang, kena tengok episod keempat ini sehingga habis.

Program Maharaja Tak Pening ini disiarkan sebanyak 4 episod dan ia mampu menghilangkan pening kepala hanya menerusi satu tablet.



Produk Uphamol membantu kemeriahan MLM 2018 dalam persembahan jenaka yang menghiburkan dengan menghilangkan tekanan dan kerisauan disebabkan pening kepala.

Jangan lupa menyaksikan 4 episod, Maharaja Tak Pening eksklusif di Astro Gempak.

Teks oleh: Elrafaei Sapi