Bintang Running Man, Lee Kwang Soo meminta rakan baiknya, Kim Jong Kook untuk menjaga teman wanitanya yang menjadi tetamu jemputan rancangan I Can See Your Voice 6.

Jong Kook mendedahkan perkara itu menerusi episod I Can See Your Voice 6 yang bersiaran baru-baru ini.

Kekasihnya aktres Lee Sun Bin mula menyatakan rasa gementar sebaik sahaja ditemu bual oleh Jong Kook yang merupakan hos program berkeenaan.

“Secara jujurnya saya berasa sangat gementar. Bahkan lebih gementar dari sebelum ini di mana saya membuat persembahan untuk program Mystery Singer,” katanya.

Bagaimanapun Jong Kook memintanya tidak perlu berasa risau kerana dia akan mengawasi dan menjaga Sun Bin sebagaimana yang diminta Kwang Soo.

“Jangn nervous, pagi tadi saya telah menerima kiriman mesej daripada Kwang Soo. Dia meminta saya supaya menjaga awak dalam rancangan ini,” ujarnya.

Mendengarkan jawapan Jong Kook itu, Sun Bin kemudiannya ketawa sambil tersipu-sipu malu.

Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin mendedahkan hubungan cinta mereka awal Januari lalu. Mereka menjalani hubungan cinta selepas bertemu dalam program Running Man.

BACA: “Selepas Cinta Didedahkan, Paling Risau Hari Isnin” – Lee Kwang Soo Nervous Jumpa Running Man