Pelakon Saharul Ridzwan mahu memberikan tumpuan terhadap bidang perniagaan sebagai perancangan masa hadapan.

Tidak melupakan bidang lakonan, Saharul yang kini mengusahakan perniagaan tudung serta kosmetik, Maria Miracle mahu mengukuhkan ekonomi kelurganya.

"Jika dahulu, ketika saya masih bujang, saya rasakan pendapatan dalam bidang lakonan sudah cukup. Tetapi selepas mempunyai isteri dan anak, saya banyak fikirkan mengenai masa hadapan.

"Bidang lakonan memang 'passion' saya tetapi perniagaan adalah untuk persiapan menghadapi hari tua. Saya mula menyimpan untuk anak dan merencanakan pelbagai perancangan perniagaan," kata Saharul.

Saharul ditemui di DTC Motors Fest anjuran DTC Motors Sdn Bhd, Jalan Ampang baru-baru ini.

Tambah aktor drama bersiri Arluna ini, dia juga banyak belajar dari rakan-rakan yang membuka perniagaan seperti pelakon Fizo Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motors, Md Afendy Wahid.

"Saya pernah melalui zaman 'down' serta buntu dengan beberapa perkara berkaitan bidang perniagaan dan kehidupan. Banyak perkara yang saya belajar dari mereka.

"Seperti contoh, Fizo banyak memberi nasihat mengenai simpanan. Afendy yang telah saya anggap sebagai abang sendiri juga banyak memberikan nasihat mengenai perniagaan.

"Jika dahulu, ada duit masuk, mesti ia akan habis dahulu, tetapi kini berbeza... Jika ada duit masuk, saya akan terus simpan," seloroh Saharul.

Cakap dengan mak awak, saya kerja jap. Cukup duit kena masa saya bawak family datang rumah ?

A post shared by #kaupunsama *NEW SINGLE* (@syamel_official) on

Congrats on the official launched of @dtcmotors & thanx for having me @aku_afendy @khairiedin_dtcmotor ??Doakan saya datang semula, kali ni utk bawak balik kereta apa ntah yg ada lambang lembu tu ek? . . @Regrann from @dtcmotors - DTC Motors Sdn Bhd Grand Opening 12 January 2019. . Photo live update by @kaiostudio. . #dtcfest #dtcmotors #dtcfest2019 #kaiostudio #liveupdatebykaiostudio

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

With them who inspires us a lot. @aku_afendy and @mariahasmin85 , Congratulations @dtcmotors and @mariamiracleofficial ??????

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on



DTC Motors Fest dianjurkan bersempena dengan acara pembukaan syarikat pengedar kenderaan import dan terpakai ini yang terletak bersebelahan Balai Polis Jalan Tun Razak ini.

Selain itu, acara ini turut dihadiri oleh Pengerusi DTC Motors, Datuk Haron Tamby Chik serta artis lain seperti Syamel, Norman Hakim dan ramai lagi.

Dalam pada itu, drama lakonan Saharul, Selafaz Cinta sedang hangat ditayangkan menerusi slot Tiara.

Selain Saharul, drama bersiri terbabit turut dibintangi oleh Syatilla Melvin, Aqasha, Puteri Aishah dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Selafaz Cinta setiap Isnin hingga JUmaat, jam 6 petang di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).