Persembahan kelima peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) pada saingan semi final minggu lalu umpama final yang sebenar.
Itu komen yang dilontarkan salah seorang juri MLM 2018, Remy Ishak yang menilai persembahan semua peserta secara keseluruhan.
Bagaimanapun, antara 5 peserta yang masih kekal bertanding iaitu Shiro, Bocey, Zero, Taman dan Puteh, Remy mengakui dia agak terperanjat dengan persembahan Zero pada malam itu.
"Secara jujur saya cakap, saya agak risau dengan persembahan mereka (Zero) sebelum ini sebab meskipun pernah menang tapi agak lambat untuk 'pick up'," katanya kepada Astro Gempak.
Akuinya, juri lain juga agak risau terhadap persembahan Zero tetapi kumpulan trio itu bersama Puteh, tidak dijangka berjaya melepasi semi final dan seterusnya ke final.
"Setiap minggu peningkatan persembahan mereka agak lambat tapi okay," katanya.
Baginya, faktor persembahan peserta yang menghiburkan bukan hanya terletak pada perancangan bahan lawak yang mahu disampaikan.
"Saya rasa dari segi pemilihan produksi terhadap tema itu. Sebenarnya, memang benar apabila tema betul pada 'akar', persembahan akan jadi terbaik.
"Namun, ini adalah pertandingan. Tak boleh bagi apa yang menjadi 'makanan' pada mereka saja. Ini adalah cabaran yang mereka kena sambut untuk menang RM500,000," katanya.
Jelasnya, setiap peserta memang diberi cabaran berbeza pada setiap minggu.
"Ia diluar permikiran mereka. Jika bagi apa yang mereka 'makan' saja, nanti bosan pula.
"Saya rasa produksi untuk final perlu pilih tema yang betul-betul supaya MLM 2018 akan jadi sesuatu pada masa akan datang," katanya.
Peminat dan penonton MLM 2018 boleh mengundi melalui aplikasi TikTok, platform video pendek utama di dunia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store, https://go.onelink.me/BAuo/mlm.
Sebaik sahaja TikTok dimuat turun, semua yang perlu anda lakukan ialah membuat akaun dengan menghubungkan mana-mana media sosial sedia ada kepada TikTok.
Peminat diberi 10 undi setiap hari bermula Sabtu hingga Khamis. Mereka boleh menghabiskan semua 10 undi kepada satu peserta atau menyebarkannya ke seluruh peserta yang mereka suka.
Jangan lupa untuk mengundi setiap hari kerana TikTok menghadiahkan sebuah motosikal setiap minggu. Pengundi ke 10,000 bakal membawa pulang satu unit Honda Wave Alpha. Senang sahaja!
Bagi minggu ini, pemilik TikTok ID iaitu jorider46 dipilih sebagai pemenang motosikal kali ini.
Jangan lupa juga untuk menyertai cabaran #megapikatlines bersama pelawak kegemaran anda di dalam aplikasi TikTok. Lihat saja Zero dengan aksi pickup lines mereka bersama-sama Mira Filzah pada minggu lalu.
Eksklusif pada Jumaat, 50 undi diberikan dan sekali lagi mereka boleh membelanjakan semuanya kepada satu peserta atau membelanjakannya sebagai harapan mereka.
Pengundian dibuka sepanjang minggu hingga akhir pertunjukan. Namun, keputusan undian adalah tertakluk kepada terma dan syarat, www.maharajalawakmega.com.my.
Peminat dan penonton boleh mengundi peserta kegemaran anda pada setiap hari menerusi TikTok dan berpeluang memenangi sebuah motosikal pada setiap minggu.
Pemenang ini dipilih menerusi mereka yang mengundi pada setiap hari dari Khamis hingga Sabtu sebanyak 10 undian manakala 50 undian pada Jumaat.
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Elrafaei Sapi
Fri Jan 18 2019
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.