Pelakon Anzalna Nasir akui tidak mampu untuk menyembunyikan perutnya yang kini sudah membesar ketika sesi fotografi yang diadakan semalam.

Anzalna yang teruja dengan sesi fotografi pertama selepas dia hamil itu berkongsi video aksinya dihadapan kamera di akaun Instagram (IG) miliknya.

“Hello aunties and uncles! Semalam first time join mommy photo shoot. Mommy konon nak hide perut tapi client cakap kalau mommy tunjuk perut lagi diorang suka! Alhamdulillah. Alamak... anak i dah pandai mengadu! Hahahahahhahahha ,” tulisnya.

Sementara itu, Anzalna memberitahu dia akan cuba berkongsi tips hamil selepas ramai yang memintanya.

“Ramai sangat yang minta share macam mana Anzalna boleh pregnant. InsyaAllah i will share with you guys. Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama!

“Hahahahhahahahahaha Stay tuned. I will share on my youtube channel and dont forget to subscribe,” katanya lagi.

Menerusi entri tersebut, ramai yang teruja melihat baby bump Anzalna dan mendoakan agar proses kehamilannya dipermudahkan.

Anzalna yang kini hamil empat bulan itu mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zafi pada 21 Februari 2016.

Hello aunties and uncles! Semalam first time join mommy photo shoot. Mommy konon nak hide perut tapi client cakap kalau mommy tunjuk perut lagi diorang suka! Alhamdulillah. Alamak... anak i dah pandai mengadu! Hahahahahhahahha ? Ramai sangat yang minta share macam mana Anzalna boleh pregnant. InsyaAllah i will share with you guys. Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama! ? Hahahahhahahahahaha Stay tuned. I will share on my youtube channel and dont forget to subscribe .

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on