Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi berkongsi kisah menurunkan berat badannya yang penuh cabaran.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abby menjelaskan dia perlukan semangat untuk terus berusaha menurunkan berat badannya sehingga mencapai 60 kilogram.

"Terima Kasih jadi ‘bantuan’ pergi sesama berzumba ria untuk kita kurus 60 kilogram.

"Memang kena beramai-ramai kalau kat rumah 10 minit dah penat pastu duduk atas katil pegang hand phone. Tamat dah sesi.

"Bila kesini sejam boleh pulak. Malu dekat orang sebenarnya. Orang lain lagi gemuk pun elok je. Takkan la ko dah tak larat Yebby ooi! Cakap macam tu dekat diri sendiri. Tu yang kuatkan semangat tu.

2hari berjaya Zumba yey! ? @memeysuhaiza ? . Terima Kasih jadi ‘bantuan’ Pergi sesama berzumba ria Untuk kita kurus 60kg haha ?? Memang kena beramai2 Kalau kat rumah 10min dah fenat Pastu duduk atas katil Pegang hP Tamat dah sesi haha ? . Bila kesini Sejam buleh pulak ? Malu kat org sebenarnya Org lain lagi gemukpun elok je Takkan la ko dah tak larat Yebby ooi! Cakap camtu kat diri sendiri Tu yg kuatkan semangat tu haha ? . Tapi mcm dah kekok Org lain elok je ikut rentak Kita macam nk terputus urat kentut ikut haha Lagu pulak lagu rancak nauuu Macam lagu ubezkistan #ehh Seriuuusss malu kalau org perasan HAHAHHAHHAHAAHHAA ??? . Ps: Doakan kita tau!! 70 dulu. Pastu 60 huhu... Tak larat dah terkurung dalam badan org gemuk ni ???

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


"Tapi macam dah kekok orang lain elok je ikut rentak, kita macam nak terputus urat kentut ikut. Lagu pulak lagu rancak nau macam lagu ubezkistan #ehh
Seriuuusss malu kalau orang perasan.

"Doakan kita tau! 70 dulu. Pastu 60 huhu. Tak larat dah terkurung dalam badan orang gemuk ni," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata menyokong Abby dalam menurunkan berat badannya dan berharap dia tidak berputus asa untuk mencapai berat yang ideal.