Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadhirah telah selamat berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nonny mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali diri atas kesilapan kata dan kelakuannya.

Nonny melahirkan rasa sayang terhadap ibunya serta berharap semasa ketiadaan dirinya, ibunya akan sentiasa dijaga oleh Allah.

Nonny juga memohon kepada peminatnya supaya mendoakan perjalanannya ke tanah suci akan dipermudahkan.

"Assalamualaikum w.b.t..Di sini saya Nonny Nadirah binti Zainuddin ingin memohon maaf jika sekiranya sy ada terkasar bahasa, atau pun pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak, terlebih terkurang harap dimaafkan & halalkan makan minum saya.

"Mama, sy syg mama dunia & akhirat. Maafkan saya sebab belum boleh jadi anak yg terbaik buat mama.

"Sy mohon dengan Allah s.w.t utk tlg jaga mama semasa ketiadaan sy. Dan memang selalu takde dengan mama pun.

"Maafkan saya ma. Salam sayang buat adik beradik saya & keluarga semua.

"Doakan saya dipermudahkan segala urusan," tulisnya.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar ibadah Nonny berjalan dengan lancar.

Difahamkan, Nonny pergi ke sana bersama penyanyi dan bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin serta suaminya, Ahmad Ailis.

Assalamualaikum w.b.t. . Disini sy Nonny Nadirah binti Zainuddin ingin memohon maaf jika sekiranya sy ada terkasar bahasa,atau pun pernah menyinggung perasaan mana2 pihak,terlebih terkurang harap dimaafkan & halalkan makan minum sy. . Mama,sy syg mama dunia & akhirat. maafkan sy sebab belum boleh jadi anak yg terbaik buat mama. sy mohon dgn Allah s.w.t utk tlg jaga mama semasa ketiadaan sy. dan sy mmg selalu xde ngn mama pun. maafkan sy ma. salam syg buat adik beradik sy & keluarga semua. Doakan sy dipermudahkan segala urusan.??? #nonnynadirah #doayangbaikbaik #allahuakbar

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on