Pelakon jelita Fasha Sandha tampil memberikan sokongan moral buat Haneesya Hanee yang telah dilucutkan kejuaraan Dewi Remaja 2018/2019 semalam.
Akui Fasha, gadis tinggi lampai itu mempunyai keunikan dan bakat tersendiri dan seharusnya diberikan peluang, tidak terus menghukum dan menghinanya.
"Semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan.
"Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang.
"Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak," tulis Fasha menerusi entri di Instagram.
Malah, kata Fasha kejadian yang berlaku seharusnya dijadikan pedoman dan tidak mengulanginya lagi.
"Remember this quote, ‘Fall 7 times,stand up 8’.
"It's undeniable–we all make mistakes. It's in our nature as humans to fail.
"Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘kawan’ sendiri.
"Video aib dirakam berminggu-minggu ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Jadi berhati-hati memilih kawan, tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita.
"Walau apapun, jangan diulangi kesalahan itu Hanee. Dan, kita semua juga patut jadikan ini sebagai pengajaran," tambahnya.
Hanee terheret dalam skandal video viral yang dirakam di sebuah kelab malam dan mengambil minuman keras.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat