Astro telah mengumumkan kerjasama strategik bersama pengendali selular terbesar di Indonesia, Telkomsel, menerusi aplikasi portal video, MAXstream, dalam menghasilkan sebuah lagi karya original dan eksklusif bergenre seram berjudul “Nawangsih”.

Inisiatif ini adalah untuk menyokong usaha Telkomsel meningkatkan pengalaman pengguna dan menawarkan pelbagai perkhidmatan gaya hidup digital bagi menepati gaya hidup hari ini.

“Nawangsih” adalah hasil karya penyanyi yang juga merupakan penulis lirik tersohor Indonesia, Melly Goeslow serta digarap kemas oleh sutradara Hedy Suryawan selaku pengarah.
Siri ini juga menjanjikan runut muzik yang cukup hebat hasil sentuhan pemuzik berpengalaman, Anto Hoed.

Drama bersiri 10 episod ini merupakan edisi terkini ‘MAXstream Original’ dan dibintangi Mario Lawalata & Ririn Ekawati.

Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga iaitu Arya (lakonan Mario Lawalata) bersama isterinya, Kiran (lakonan Ririn Ekawati) serta dua anak perempuan mereka, Srimaya (lakonan Benaya Farah) dan Nawangsih (lakonan Gisellma & Chrissie) yang berpindah ke sebuah rumah lama milik arwah ayah Arya.

Segalanya baik-baik sahaja sehinggalah pada suatu hari, Nawangsih menemui sebuah lampu usang di dalam kotak yang merupakan warisan peninggalan arwah ayah Arya.

Sejak itu, Nawangsih mempunyai hubungan luar biasa dengan roh yang menetap di dalam lampu usang tersebut.

"Astro amat teruja dengan pelancaran Nawangsih, sebuah siri drama penghasilan bersama yang pertama dengan rakan kongsi kami, Telkomsel.

"Kami percaya dalam penceritaan dan komited untuk terus mengangkat lebih banyak karya seumpamanya bersama rakan industri yang mempunyai matlamat yang sama.

"Kami berharap Nawangsih dapat merekodkan kejayaan seperti buah tangan produksi Indonesia terdahulu iaitu ‘Gantung’ dan ‘Dosa’, serta menggariskan kandungan harta intelek (IP) yang berpotensi untuk dibangunkan merentasi genre serta format yang berbeza daripada filem ke siri seterusnya dalam bentuk kandungan digital pendek.

"Menerusi Nawangsih ini juga, tentunya hubungan dinamik kami bersama Telkomsel bertambah kukuh dan kerjasama ini tentunya merupakan titik tolak kepada lebih banyak lagi kolaborasi pada masa akan datang," kata Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario.

BTS @nawangsihtheseries #nawangsihtheseries

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw) on