Sambil bergelak ketawa tonton program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018), jom tengok aksi kumpulan Taman dan Shiro dalam program Maharaja Tak Pening.

Dalam episod 1 lalu menyaksikan Shiro menang cabaran menggunakan permainan Virtual Reality (VR).

Kali ini mereka berentap lagi dalam episod 2 untuk merebut gelaran juara. Dalam pusingan pertama ini diikenali Fruit Ninja, kedua pasukan perlu melaksanakan cabaran permainan memotong buah dengan menggunakan alatanVR.



Tauke dari kumpulan Taman terlebih dulu menyahut cabaran ini di mana dia menggunakan alatan VR manakala rakannya, Man Posmen memegang 'controller' VR untuk memotong buah tanpa melihat skrin sambil mengikuti arahan Tauke.

Selepas giliran Man, Tauke mengambil alih dan melakukan cabaran memotong yang sama.



Selepas itu, Kumpulan Shiro turut melakukan cabaran yang sama seperti yang dilakukan oleh Kumpulan Taman. Aksi kumpulan Shiro agak berlainan kerana mereka meyahut cabaran memotong buah lebih lemah-lembut berbanding dengan Kumpulan Taman yang agak agresif dan memeningkan.

Program MLM Tak Pening ini disiarkan sebanyak 4 episod dan ia mampu menghilangkan pening kepala hanya menerusi satu tablet Uphamol 650.



Produk Uphamol membantu kemeriahan MLM 2018 dalam persembahan jenaka yang menghiburkan dengan menghilangkan tekanan dan kerisauan disebabkan pening kepala.

Jangan lupa menyaksikan video Maharaja Tak Pening pada setiap Jumaat di Astro Gempak.

Teks oleh: Elrafaei Sapi