Penyanyi Hafiz Hamidun teruk dikritik netizen selepas buku pertamanya berjudul ‘Cerita Hati’ berada di pasaran sejak Februari lalu.

Buku tersebut diterbitkan bertujuan untuk berkongsi kata-kata positif yang merangkumi beberapa topik seperti kekeluargaan, kehidupan dan hubungan cinta kepada masyarakat.

Namun lain pula jadinya apabila netizen mula mempertikaikan buku tersebut dan menganggap penyanyi ini mengambil jalan mudah dengan hanya mengumpulkan status yang pernah dikongsi olehnya menerusi laman Facebook dan Twitter menjadi sebuah buku.

Malah dia juga dilabel sebagai syok sendiri kerana buku itu dipenuhi dengan foto-foto 'selfie'.

Dalam pada itu, beberapa helaian muka surat buku Hafiz Hamidun telah dimuatnaik di satu fanpage popular di facebook dengan status sindiran yang agak pedas:

“Buku. Ada banyak jenis buku kat muka bumi ni. Ada buku buatkan kau lebih berfikir,ada buku buatkan kau jadi lebih bodoh.

"Buku yang buatkan kau menjadi lebih berfikir adalah buku yang mencabar akal kau ke tahap yang lebih tinggi, menjadikan pemikiran kau lebih kritis.

"Buku bawah ni buku apa? penuh dengan quote facebook,dan penuh dengan muka dia sendiri. Buku perasan, syok sendiri, quote yang semua orang boleh fikir. Lepas tu nak selamat, selit sikit unsur-unsur agama.

"Kalau kau panggil ini buku, maka pergilah tingkat tertinggi sebuah bangunan, dan terjunlah. Kerana ketahuilah otak mu sudah tidak berguna lagi,”
tulisnya.

Status itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang kebanyakkan meluahkan rasa yang sama.

Bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju dengan status itu dan mengaggapnya sebagai tindakan kurang matang kerana sengaja membuat provokasi dan mempertikaikan niat baik penyanyi lagu kerohanian itu.