Pelawak Shuib Sepahtu meluahkan rasa kesal apabila ramai pihak tidak mempercayai dirinya merupakan seorang pemain piano dalam muzik video Semakin nyanyian isterinya, Siti Sarah.

Menerusi entri di Instagram (IG) Shuib, menjelaskan orang ramai sukar mempercayai bahawa tangan orang bermain piano itu adalah dirinya dan bukannya pelakon Syafiq Kyle.

"Tolong la percaya! Apa yang susah sangat! Tu tangan saya.

"Dah la tak dapat nak masukkan muka, tangan pun tak percaya ke? Terpulanglah.

Tolong la percaya!!!!Ape yg susah sgt!!!! Tu tangan saya ?... Dah la tak dpt nak masokkan muka,tangan pon tak percaya ke??? Terpulang lah,,,g la tgk sendiri,perati betol2 tangan sapa dan siapa yg main piano tu ? @sitisarahraissuddin @indigitalmusic . . #MVSemakin #semakinsitisarah

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


"Pergi la tengok sendiri, perati betul-betul tangan sapa dan siapa yang main piano tu," tulisnya.

Rata-rata terhibur dengan kapsyen yang dimuat naik oleh Shuib dan ramai mengakui bahawa mereka percaya bahawa orang yang bermain piano itu adalah dirinya.





Sebelum ini Syafiq Kyle telah dipilih untuk membintangi muzik video Semakin nyanyian Siti Sarah.

Muzik video itu diarahkan oleh Shuib dan CK Faizal, karya ini merupakan muzik video pertama yang dibintangi oleh Syafiq.

Muzik video Semakin boleh ditonton sekarang menerusi saluran Indigital Sdn Bhd.