Pelakon Hairul Azreen memilih untuk melahirkan rasa syukurnya dengan melunaskan nazar selepas isterinya, Hanis Zalikha hamil anak kedua,

Hairul membuat keputusan untuk menjual kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi kesayangannya demi keluarga tercinta.

Pelakon filem PASKAL itu memaklumkan perkara itu menerusi satu posting di akaun Instagramnya semalam.

“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike dan super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan) hahaha #FamilyFirst,” tulisnya.

Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike & super car demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru ? (last tu hanya tambahan) hahaha #FamilyFirst

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Hairul dan berasa bangga kerana menjadi contoh suami yang baik.

“Nazar sesuatu, mesti Allah gantikan lebih hebat family first, good daddy contoh.” Komen @raqibrayyan

“Alhamdulillah… Harta dunia je tu... Ni baru hero dunia akhirat tahniah @hairulazreen,” tulis @ariz.xiumin

“Abang Hairul saya harap saya dapat berjuang seperti abang juga satu hari nanti. Berjuang menjadi seorang ayah yang hebat demi keluarga. Amin,” coret @muhdafifanas769

BACA: “Ye Abang Kenapa? Minta Maaf Yang Muntah Tu Isteri Saya Dia Mengandung”- Hanis Zalikha Imbas Saat Hampir Dimalukan

Hairul berkahwin dengan Hanis pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar.

Foto: Instagram @hairulazreen