Vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan mengakui perjalanan hidupnya sebagai anak seni tidaklah semudah yang disangkakan.

Menurut Azlan sepanjang bergelar anak seni dia menghadapi pelbagai ujian dan rintangan serta berdepan beberapa siri kegagalan dalam hidupnya.

"Sebenarnya perjalanan sebagai anak seni ini tidak semudah yang disangkkan oleh orang ramai.

"Saya juga pernah menghadapi kegagalan dan juga ditipu apabila tidak menerima bayaran ketika melakukan persembahan.

"Perkara itu tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus bangkit dan berusaha sehingga berjaya.

"Banyak juga pengajaran saya dapat dalam hidup ini dan perkara itu membuatkan diri saya menjadi lebih matang," katanya kepada Gempak.

Azlan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran air minuman Turbo 3 dan single terbaru Azlan, berjudul Kukuh di Wow KL, baru-baru ini.