Sekepiong foto pelakon Aprena Manrose bersama penyanyi dangdut terkenal suatu ketika dahulu iaitu Iwan Dangdut mendapat perhatian ramai.

Foto tersebut dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya dan rata-rata terkejut serta tertanya adakah benar Iwan bapa kepada pelakon tersebut.

“Tanpa dia siapalah saya. I Love you so much Abuya,” tulisnya menerusi kapsyen yang dikongsi bersama gambar tersebut.

Malah pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri turut bertanyakan soalan yang sama dan Aprena mengaku ia bapanya.



Aprena merupakan anak kepada Iwan dan ibunya merupakan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd Noor.
View this post on Instagram

Tanpa dia, siapalah saya. I love you so much Abuyah.

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose) on