Anggota Running Man, Yoo Jae Suk mendedahkan bakal terlibat dengan program realiti baru.

Jae Suk memberikan ‘hint’ tersebut dalam program MBC FM4U’s Two O’Clock Date bersama Ji Suk Jin yang bersiaran baru-baru ini.

Menerusi program tersebut, seorang peminat menyatakan hasratnya untuk melihat Jae Suk sentiasa aktif dan berharap pengacara itu mendapat anugerah untuk hasil kerja kerasnya selamanya.

“Saya harap Yoo Jae Suk sentiasa aktif dalam rancangan realiti dan mendapat anugerah,” ujar peminat berkenaan.

Bagaimanapun ucapan peminat itu kemudiannya di balas Jae Suk.

“Saya tidak muncul dalam program MBC tetapi saya masih lagi aktif di kaca televisyen. Saya juga muncul dalam program yang melibatkan stesen televisyen di KBS dan SBS.

“Seperti yang anda katakan, saya berjanji akan bekerja keras selagi mampu supaya saya akan kembali muncul di MBC sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, Yoo Jae Suk merupakan pengacara untuk program stesen televisyen MBC iaitu ‘Infinity Challenge’ yang sudah ditamatkan rancangannya selepas 7 tahun bersiaran.

Sumber: Soompi