Majlis resepsi pasangan mempelai Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar telah berlangsung penuh harmoni hujung minggu lalu.

Menyarung dua persalinan, salah satunya daripada pereka fesyen Rico Rinaldi, pasangan itu memilih tema tradisional bagi meraikan hari bahagia mereka.

Baju Kurung Peplum berwarna ungu dilengkapi sepersalinan lengkap pengantin lelaki dan diserikan dengan kain songket Palembang pemberian ibu mertua Elfira.

Biarpun cuma menyarung persalinan ini selama sejam pada majlis resepsi sebelah lelaki baru-baru ini, busana ini mencipta fenomena di media sosial!

Berkongsi kisah di sebalik busana tradisional itu, kata Rico dia hanya mengambil masa selama 5 hari untuk menyiapkan persalinan tersebut.

"Saya teruja apabila El (Elfira) mahukan saya untuk menyiapkan baju resepsi sebelah pihak lelaki dan dia menyerahkan sepasang kain songket Palembang pemberian ibu mertuanya kepada saya.

"Pada mulanya saya mereka busana itu berkonsepkan kostum tradisional Thailand, namun oleh kerana bidang kain tidak mencukupi saya terpaksa menukar rekaan itu.

"Jadi, saya terjemahkan kain songket Palembang itu dalam konsep tradisional kontemporari dan mengangkat elemen Jawa. Songket Palembang dijadikan aksesori luaran sebagai samping dan selendang," katanya kepada Gempak.

Majlis Resepsi belah Pengantin Lelaki. Bridal Outfit : @thericorinaldi @ricorinaldi Makeup : @boscoooooooooooooo Henna : @cempaka.inai Photo by @blackpepperproduction

A post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on


Berikut merupakan 5 perkara menarik tentang busana resepsi Elfira dan Faris:

1. Baju kurung peplum dan sut Melayu lengkap menjadi pilihan Rico.

"Fabrik yang digunakan ialah sutera shantung dan satin manakala bahagian peplum pula menggunakan fabrik jenis tulle," kata Rico.



2. Warna ungu dan emas menjadi warna utama persalinan Elfira. Rico turut menggabungkan warna hitam yang jarang digunakan pengantin untuk majlis persandingan.

3. Elfira nampak mewah dengan aksesori sanggul lintang dan bunga tangan emas. Bunga melur menambah elemen Jawa dalam rekaan tersebut.

4. Sebanyak 50,000 biji manik digunakan untuk menyiapkan busana Elfira.

"Labuci, manik halus, sequin, jemeki dan Swarovski menjadi perincian pilihan saya untuk Elfira. Bahagian hadapan baju paling banyak menggunakan manik," tambahnya.



5. Selama 70 jam dan 11 artisan diperlukan untuk menyiapkan persalinan tersebut.

6. "Sepasang persalinan ini mencecah nilai RM30,000," dedah Rico lagi.



Rico Rinaldi merupakan salah seorang pereka fesyen tempatan terkenal yang sudah bertapak lebih sedekad lalu.

Pernah mereka busana perkahwinan beberapa artis popular sebelum ini seperti Atilia Haron dan Stacy Anam, rekaan Rico sering menjadi dambaan ramai ekoran perincian yang unik.

Foto: @elfiraloy, @thericorinaldi