Penyanyi Black berhasrat untuk memiliki empat orang cahaya mata.

Menurut Black, dia berasa teruja untuk menimang cahaya mata lagi setelah dikurniakan dua orang anak iatu Khaleef Dyyan, 4 dan Rindu Dayyana yang dilahirkan pada 25 Oktober tahun lalu.

"Saya memang berhasrat untuk mempunyai empat orang anak, namun itu semua hanyalah rancangan saya, rezeki sudah tentu di tangan tuhan.

"Bagi saya, anak-anak memang memberi kebahagiaan, kadang-kadang tu saya berdoa, Ya Allah Ya Tuhanku, kalau tak bagi duit pun tak mengapa, bagi anak pun jadilah.

"Saya suka melihat anak-anak membesar dan melalui pengalaman membesarkan mereka bersama isteri tercinta," ujarnya.

Black berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan hari jadi Khaleef Dayyan yang ke-4 serta akikah untuk Rindu Dayyana di Bukti Jelutong, Shah Alam semalam.

Dalam perkembangan lain, Black sedang merancang untuk mengadakan dua buah konsert iatu di Singapura dan Kuala Lumpur yang bakal menemui peminatnya dalam tahun ini.