Anggota Running Man, Lee Kwang Soo akui bimbang untuk menghadiri rakaman program popular berkenaan selepas berita mengenai hubungan cintanya bersama aktres Lee Sun Bin didedahkan.

Lee Kwang Soo memberitahu kebimbangannya itu ketika menghadiri ‘sidang media’ khas yang dilakukan oleh Running Man untuk episod terbaru program itu.

“Sebenarnya perkara yang paling merisaukan selepas berita mengenai hubungan cinta saya didedahkan adalah bila tiba hari Isnin.

“Ini kerana rakaman Running Man adalah pada hari berkenaan tapi tak mengapa saya dah bersedia dari segi mental,” ujarnya.

Melihat keyakinan Kwang Soo itu, anggota Running Man terus mengusik dan memberikan soalan berkaitan dengan hubungan cintanya.

Antaranya,

“Jadi benarlah anda berdua adalah pasangan kekasih?” tanya HaHa.

“Adakah kamu sedang dilamun cinta? Sedalam mana cinta kamu kepada kekasih?” tambah Kim Jong Kook.

Terdahulu, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin mengesahkan mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta pada Awal Januari lalu.

Kwang Soo dan Sun Bin menjalani hubungan cinta sudah hampir lima bulan.