Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan iatu Deena Emir menyambut hari jadinya pada hari ini.

Saharul terlebih dahulu telah berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagramnya malam tadi.

"Saya doakan syurga untuk awak, semoga awak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki, Amin.

"Cukuplah ucapan setakat ini, Ali (anak mereka) pun dah tidur, gambar sebelah lebih penting, selamat malam," tulisnya sebagai kapsyen.

Gambar sebelah yang dimaksudkan Saharul adalah sekeping gambar kanak-kanak perempuan dan ia seolah-olah memberi 'hint' yang dia mahukan seorang cahaya mata perempuan.

Selamat Hari Lahir Sayang. ❤️ . Saya doakan syurga untuk awak. Semoga awak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki. Amin . Cukuplah ucapan itu setakat ini, Ali pun dah sleep, gambar sebelah lebih penting. Selamat malam. Assalamualaikum ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on


Saharul mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2012 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam drama dan telefilem tempatan.