"Dah Snap Gambar Baru Perasan Ada Benda Terselit Celah Gigi" - Yakinnya Faezah Elai Kongsi Foto Di Instagram!

Hiburan

Pelakon Faezah Elai berkongsi sekeping foto mengundang perhatian netizen.

Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Faezah menarik perhatian netizen apabila gambar itu menampakkan sisa makanan yang terselit dicelah giginya dan membiarkan saja gambar itu walaupun telah menyedari perkara itu sebelum foto itu dimuat naik.

"Disebabkan post gambar sebelum ini ramai memuji gigi saya cantik, saya pun kembang semangkuk.

"Saya pun post lagi gambar bagi nampak gigi, dah snap gambar baru perasan ada pulak benda yang terselit di celah gigi tu! Bikin malu saja!

"Saya bagitahu siap-siap sebelum anda mengata," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif terhadap perkara itu, rata-rata mereka masih memuji bentuk gigi dan kecantikkan Faezah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Disbb kan post baru ni ramai memuji gigi hakak yg cantik,hakak pon kembang semangkuk.. so hakak pon post la lagi gambaq bg nampak gigi,dh snap gambaq,baru perasan semua gambaq boleh pulekk terselit cabai kat celah gigi tuuu!! 🤧 Citt bikin malu saja.. hakak habaq siap2 lah sblom ampa mengata 😝 Ok lah salam jumaat everyone.. have a wonderful day.. . My Skincare @officialpurestbyfaezahelai . Slimming Drink @slende.fit . #abaikancilidigigi #barunakberangantunjukgigi #ciliphotobombgambaqhakak #skincare #purestbyfaezahelai #skincarejunkie #beautyjunkie #beautyblogger #influencer #slimmingproduct #slendefitbyfaezahelai #faezahelai #lovelovelove #feelingblessed #alhamdulillah

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on


Faezah mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2006 dan kerap membuat kemunculan menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.

Artikel Berkaitan