Penyanyi R&B antarabangsa, Maher Zain berhasrat untuk menghasilkan beberapa single terbaru pada tahun ini.

Menerusi laporan H Live, Zain memberitahu dia berasa teruja untuk tampil dengan lagu-lagu terbaru untuk dimuatkan dalam sebuah album yang mungkin menemui peminat pada tahun hadapan.

"Insha-Allah saya akan menghasilkan beberapa lagu pada tahun ini dan ia akan dimuatkan dalam album saya yang seterusnya, ia mungkin menemui anda pada tahun hadapan," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berketurunan Sweden-Lubnan ini akan mengadakan konsert Maher Zain Malaysia Tour 2019.

Konsert tersebut akan berlangsung di empat buah lokasi iatu di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 9 Mac, Stadium Pasir Gudang, Johor (15 Mac), SPICE Arena, Pulau Pinang (16 Mac) dan di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Mac.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang tidak henti menyokong saya selama ini, semoga kita bertemu di konsert itu nanti," tambahnya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).