Kakak jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Noor Hayati mendapat perhatian netizen apabila wanita itu dikatakan memiliki wajah seiras pelakon Scha Alyahya.

Hayati atau lebih mesra dengan panggilan Yatie ini mula menjadi bualan netizen selepas dia berkongsi foto menerusi entri terbarunya semalam.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Yatie meminta pendapat netizen untuk memilih gaya tudung yang bersesuaian dengan dirinya.

“You all prefer yang depan ke belakang? Macam mana pun style tudung slide belakang tu lah yang paling selesa untuk Kak Yatie,” tulisnya.

Uols prefer yg depan ke blkg ? Macam mana pun style tudung slide blkg tu lah yg paling selesa utk Kak Yatie Sesuci pagi pulak bila pakai Pure Series @the_hijab.co yg baru ni #ferasan www.thehijab.co | whstp +6010 456 2281 utk order atau mendaftar sbg Dealer ? Makeup @sendayu.tinggi_hq #selfie #myowncollection

A post shared by @ yatie_sendayutinggi on

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terkejut melihat foto tersebut kerana wajahnya saling tidak tumpah seperti Scha.

“Ingatkan @schaalyahya pakai tudung tadi. Rupanya @yatie_sendayutinggi. Manis jeee muka you,” tulis @_nuranalia

“Ingat Scha Alyahya tadi hihi… Cantik sis Yatie,” komen @nrsyafiqahsyakirah

“Terkejut tengok 1st gambar ingat Scha Alyahya... Tapi 2nd gambar tu lagi sesuai dengan k. Yati,” tulis @cik_wana1806

Foto: Instagram @yatie_sendayutinggi