Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) kumpulan Shiro, Ajak mengakui masih banyak yang harus diperbaiki oleh dia dan Shahrol dalam melakukan persembahan di atas pentas.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ajak menjelaskan tujuan asal mereka berada di pentas MLM 2018 adalah untuk menghiburkan penonton.

"Banyak lagi kami kena belajar tentang negara dan komuniti.

"Cuma apa yang kami tahu, kami melawak untuk mereka ketawa, bukan melawak untuk diketawakan. Terima kasih," tulisnya.

Banyak lagi kami kena belajar tentang negara dan komuniti... Cuma apa yg kami tahu, Kami melawak untuk mereka ketawa,bukan melawak untuk diketawakan.Terima kasih Puan. . @ustazah_asmakhusin @shahrol_shiro @shironattorsfc_official ??? . #shiro #intelligent #respect #humble #otakjanganloading #sayaajakdansayatidaksombong

A post shared by Ajakshiro (@ajakshiro) on


Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh kumpulan Shiro dan kagum dengan pencapaiaan mereka setiap minggu yang menunjukkan peningkatan dalam persembahan dengan memberi mesej berguna kepada penonton.

Jangan lupa menyaksikan separuh akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.