Persembahan kumpulan Taman pada minggu ke-10 Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) nampaknya berjaya menarik perhatian juri dan penonton.

Gandingan duo Tauke bersama Man Posmen dengan jenaka 'scammer' dan media sosial pada minggu lalu cukup menghiburkan penonton di Royal Theatre Shah Alam, Selangor.

Remy Ishak selaku juri MLM 2018 memuji Taman sebagai peserta yang bijak membuat cerita dan membawa persembahan yang menarik.

"Jalan cerita bagus, lawak yang pandai. Mereka memang kelakar walaupun tak sebut dialog," katanya.

Tambahnya, Taman berjaya menampilkan idea jenaka yang sangat segar pada penonton.

"Cuma ada sedikit yang perlu diperbaiki. Setiap minit perlu digunakan sebaik mungkin.

"Phasing kena cepat kalau tidak membahayakan ‘korang’ punya reputasi. Harap selepas ini persembahan lebih 'pick up'," katanya yang memberikan 3 'ha' pada Taman.

Peminat dan penonton MLM 2018 boleh mengundi melalui aplikasi TikTok, platform video pendek utama di dunia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store, https://go.onelink.me/BAuo/mlm.

Sebaik sahaja TikTok dimuat turun, semua yang perlu anda lakukan ialah membuat akaun dengan menghubungkan mana-mana media sosial sedia ada kepada TikTok.

Peminat diberi 10 undi setiap hari bermula Sabtu hingga Khamis. Mereka boleh menghabiskan semua 10 undi kepada satu peserta atau menyebarkannya ke seluruh peserta yang mereka suka.

Jangan lupa untuk mengundi setiap hari kerana TikTok menghadiahkan sebuah motosikal setiap minggu. Pengundi ke 10,000 bakal membawa pulang satu unit Honda Wave Alpha. Senang sahaja!

Jangan lupa juga untuk menyertai cabaran #megapikatlines bersama pelawak kegemaran anda di dalam aplikasi TikTok.

Eksklusif pada Jumaat, 50 undi diberikan dan sekali lagi mereka boleh membelanjakan semuanya kepada satu peserta atau membelanjakannya sebagai harapan mereka.

Pengundian dibuka sepanjang minggu hingga akhir pertunjukan. Namun, keputusan undian adalah tertakluk kepada terma dan syarat, www.maharajalawakmega.com.my.

Peminat dan penonton boleh mengundi peserta kegemaran anda pada setiap hari menerusi TikTok dan berpeluang memenangi sebuah motosikal pada setiap minggu.

Pemenang ini dipilih menerusi mereka yang mengundi pada setiap hari dari Khamis hingga Sabtu sebanyak 10 undian manakala 50 undian pada Jumaat.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak