Saya tidak ada di dalam negara ketika majlis pernikahan dan resepsi Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar. Segala perkembangan mereka saya ikuti di portal Gempak dan Instagram. Saya mengenali Elfira sudah lama, tetapi tidaklah rapat. Tapi saya tahu dia adalah antara selebriti tanah air yang bekerja keras untuk mencapai cita-citanya.



(Baca: Tahniah Elfira Loy Kini Isteri Faris Anuar)

Jadi saya rasa mungkin lebih indah dan menarik jika saya saya mengutip cerita daripada mereka yang lebih rapat dan lebih mengenali beliau. Rasanya itu lebih afdal.

Saya suka dengan apa yang ditulis oleh pelakon dan pengacara Sharifah Shahora di Instagram beliau. Menurut Sharifah Shahora, dia mengenali Elfira sejak Elfira di bangku sekolah kerana banyak kali berlakon bersama di dalam drama.



Sehinggalah sampai jodoh Elfira bersama Faris yang menurut beliau sudah menyukai Elfira secara diam sejak tahun 2013 lagi.

“Elfira ni sejak kecil dah pandai cari duit sendiri, shooting sana sini, commercial lagi, dulu lagi dah pandai buat biz sendiri,” tulis Shahora.

Menurut beliau, sejak di bangku sekolah Elfira sudah mula memakai barang-barang berjenama jadi tidak ada istilah untuk beliau memandang kepada harta.



“Dia ada duit sendiri yang boleh tanggung satu keluarga dia. Duta produk sana sini. So please la jangan judge orang yang sekadar hanya baca atau lihat dari jauh. Kalau kita tak dapat jadi macam dia tu timbul cerita yang bukan-bukan dari media sosial.

“Doakan yang baik-baik untuk dia yang baru masuk kea lam perkahwinan lagi baik dari keluar komen merepek,” pesan Shahora.



Saya juga menyukai tulisan Datuk Aznil Haji Nawawi di Instagram beliau yang turut mengenali kedua-dua mempelai. Elfira dikenali melalui rancangan TomTomBak yang dihoskan beliau manakala Faris pula melalui On Air Talent yang diterajuinya.

“Kedua-duanya disatukan atas kehendak Allah. Doakanlah hubungan mereka dan jaga hubungan kita dengan Allah.” tulis Datuk Aznil yang lebih mesra dipanggil PakNil.



(Baca: Kedua-Dua Mereka Disatukan Atas Kehendak Allah)

Ikhlasnya gadis bernama Elfira Loy ini, beliau tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada teman dan rakan yang banyak membantu beliau terutamanya untuk kembali mempercayai tentang cinta setelah kisah sebelumnya musnah.

(Baca: Thank you Anis For Introducing Faris To Me – Elfira Loy)



Tiada lain yang saya inginkan selain melihat mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Rasanya belum terlambat untuk saya dan teman-teman di Gempak mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia ke Jannah.

Jumpa Lagi.

Bila Badrul Bicara

Kredit Gambar: Instagram