"Semoga tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan," itu antara doa yang diucapkan Mas Idayu sempena sambutan hari jadinya ke-50 semalam (Khamis).

Kata Mas Idayu, dia turut berharap individu yang sentiasa berada di sampingnya akan selalu ikhlas.

Malah, penyanyi yang popular dengan lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja sebagai sahabatnya.

"Di setiap genapnya 10 hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku terima kasih Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini.

"Semoga mereka yang sentiasa di dekatku akan selalu ikhlas sayang padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku....

"Kerana di setiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir untuk bersahabat, menjadi saudara Islam yang sesungguhnya.

"Semoga di sekeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!!

"Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk dijadikan saudara apa adanya ... hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram.

Di setiap genapnya 10hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku tq Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini, semoga mereka yang sentiasa didekatku akan selalu ikhlas syg padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku.... kerana disetiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir utk bersahabat , menjadi saudara islam yang sesungguhnya ... semoga dikeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!! Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk di jadikan saudara apa adanya ... hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba..... ????? tq semua tq sahabat semoga anda juga ikhlas untuk bersamaku.. ???????

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001) on


Sambutan ulang tahun kelahiran Mas Idayu di sebuah pusat hiburan di ibu kota itu dihadiri teman rapat, peminat setia dan anaknya, Nur Dayini Asyiqah.

Gempak turut merakamkan ucapan selamat hari jadi ke-50 buat Mami Mas Idayu tercinta!