Menerusi entri di Instagram (IG), Elizad berkongsi gambar sedang mendukung seorang kanak-kanak dengan kapsyen yang menyentuh hati.
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik.
"Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan dari hamba-hambamu.
"Doakan kami punya zuriat yang sihat, cantik & sempurna ya semua, dapat sorang pun dah memadai sangat-sangat.
"Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya. Moga punya rezeki buat kita semua," tulisnya.
Rata-rata berharap agar Elizad akan dikurniakan zuriat dan berharap agar dia tidak berhenti berdoa dan terus berusaha.
Elizad dan Shamsul selamat melangsungkan perkahwinan pada 11 Januari 2015.